Beranda > KLINIK ALTERNATIF > Silaturahim Dengan Motivator Malaysia

Silaturahim Dengan Motivator Malaysia

Alhamdulillah, pada hari Rabu Petang, 28 Desember 2011 di Pusat Rawatan NAQS DNA JASIN MALAKA MALAYSIA. Kami berkesempatan bersilaturahim dengan seorang Motivator Rahasia Minda No. 1 di Malaysia. Beliau adalah Tuan Amar Mahmood, Pendiri syarikat pembangunan diri AL QUDRAH Training & Consultancy .

Kenali Tuan Amar Mahmood

Dilahirkan di Kota bersejarah Negeri Melaka. Beliau merupakan lulusan Ijazah Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pernah menjawat pelbagai jawatan di dalam organisasi korporat sebelum meletakkan jawatan terakhir beliau sebagai Pengurus di sebuah Institusi Kewangan bertaraf antarabangsa semata-mata “rasa terpanggil” untuk memenuhi “keinginan dalaman” beliau.

Memiliki minat mendalam untuk mengupas dan berkongsi pengetahuan tentang subjek kegemaran beliau iaitu pembangunan personal (personal growth). Penulis mempunyai kecenderungan menggunakan pendekatan holistik dengan mengambil berat pembangunan fizikal, emosi, minda dan juga kerohanian (spiritual) sebagai ELEMEN terpenting dalam membangunkan POTENSI DIRI yang dimiliki oleh setiap individu.

Beliau merupakan Jurulatih dan juga Perunding Latihan yang mengendalikan pelbagai ceramah, bengkel, program latihan dan juga seminar bagi syarikat pembangunan diri yang didirikan oleh beliau sendiri iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy . Selain itu, beliau juga telah mengasas sebuah Pusat Kajian “Heart-Brain” yang dikenali sebagai – QALBU Research Center – yang menjalankan aktiviti mendalami ilmu pengetahuan dan penyelidikan tentang hubungan antara Otak-Qalbu (hati) terhadap POTENSI DIRI, kesihatan, kejayaan, dan kepimpinan seseorang individu.

Diiktiraf sebagai Pengamal Neuro Semantics-NLP dan Hipnosis dari The International Society of Neuro Semantics-ISNS. Beliau yang juga merupakan pengamal terapi Reiki (Master Usui & Kundalini) kerap mengabungkan pendekatan “energy healing” di dalam modul-modul program latihan yang dikendalikannya mengambarkan minat beliau yang mendalam tentang sains metafizik dan juga holistic healing di samping memberikan keunikan di dalam program latihan beliau.

Beliau juga merupakan jurulatih pembangunan diri di Malaysia yang merintis pendekatan aliran psikologi energi – seperti Meridian Tapping Terapy (MTT) dan juga Emotional Freedom Technique (EFT) di dalam menangani pelbagai isu-isu psikologi di dalam subjek pembangunan diri.

Beliau aktif menawarkan program latihan yang dibangunkannya bagi masyarakat umum iaitu Workshop Whole Brain Power dan juga Workshop Intensif EFT. Bagi kumpulan Organisasi pula beliau terkenal di dalam program latihan “Holistic Stress Management” iaitu sebuah latihan pengurusan stres yang menyeluruh dan seimbang bagi sesebuah syarikat ataupun di tempat kerja.

Sudah menghasilkan dua buah buku popular iaitu Rahsia Minda Jutawan dan Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA. Beliau kini di dalam proses menghasilkan buku ketiga beliau.

  1. Belum ada komentar.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: